Selasa, 31 Maret 2009

SISTEM DIGITAL

Sistem yang memproses atau memanipulasi data dalam bentuk digital disebut sebagai sistem
digital.
Sistem digital mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem analog. Antaranya ialah:
  • Lebih mudah untuk direka bentuk
  • Penyimpanan data boleh dibuat dengan mudah,
  • Data yang dihasilkan lebih jitu dan tepat,
  • Operasi boleh diprogram,
  • Kurang dipengaruhi oleh hingar.
Namun, sistem ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Contohnya:
  • tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana hampir kesemua kuantiti adalah dalam
bentuk analog,
  • memerlukan satu dan adakalanya kedua-dua penukar untuk memproses isyarat dalam
bentuk analog dan digital. Ini akan merumitkan rekabentuk litar dan menambahkan kos
pembuatan.